Monday, November 30, 2009

ANXIETY


dah 2-3 hari hati aku ni rasa tak sedap..berdebar-debar...memang tak senang duduk dibuatnya...kenapa ye? harap takde la yang buruk...


since yesterday, aku keep on get in touch dengan kengkawan sekolah lama..SMTBB...yang kucintai...kitaorang cadang nak buat reunion..mungkin tahun depan..moga dapat dilaksanakan..insyaAllah...rindu ngan diva divo SMTBB...hehe...


arini kerja teramat la busan..semua team perlongkangan takde..nak makan pun takde selera..arini aku terpaksa 'berpuasa'...tulun...mana korang nih..wei....

Wednesday, November 25, 2009

ANGIN..


tak tau la apa nak jadik..aku ni memang hangin satu badan, tapi orang lagi suka kasik tambah itu hangin sama aku...haha...ribut topan la melanda...


tapi nasib baik la kengkawan 'seperlongkangan' ada kat keliling yang selalu membuat aku ceria sentiasa...


thanks guys...sayang tengkorak korang dunia akhirat....

Monday, November 23, 2009

ALMOST...


its almost there...i don't want to spoil the moment...oh God please..please help me...!!!

DREAM


i prayed every night...

Thursday, November 19, 2009

MALAS


terbina dari lima huruf menjadi satu perkataan yang amatlah sinonim di dalam diri setiap manusia. boleh interpretasikan dalam pelbagai ayat dan perbuatan tetapi maksudnya tetap sama.

Saturday, November 14, 2009

BAHAGIA


i wish that i will found the happiness in my life...

hidup tak penah sunyi dari problem..lepas satu satu...sampai bila...

aku tak jumpa lagi apa yang aku mahu..kalau buat wish pun memang tak pernah yang dapat...mana salahnya...aku tak penah salahkan sesiapa...mungkin salah aku...leka...cuai...

tiap kali nak mula sesuatu baru, pasti ada halangan..tak mintak pun..pasti ia datang dengan senyuman yang akan membuatkan aku risau dan takut untuk menghadapi masa depan..

tapi sampai bila harus ada perasaan seperti itu..gosh...

Friday, November 13, 2009

BUSAN


bangun jer pagi rasa a bit dizzy..macam biasa bangun lewat...last nite makan dengan Ciklee, Mak DeeVa, Wan, Bapak Puteh and Oren...
Ciklee nak gi haji...so kitaorang saja ajak keluar borak borak...

lepak kat restoran arab..makan tak hingat..kenyang sampai nak tertido...hehe
bila gi opis..rasa busan menyelubungi..macam macam pikir..itu ini...banyak kerja dah siap tapi rasa macam ada je yang tak siap..apa eh..hurmmm...

esok petang exam mid term...takleh la nak happy hour...malam ni pulun habis habisan..janji masuk dewan exam..dapatnye belakang kira...

Thursday, November 12, 2009

BERLALU..


my biological clock is ticking faster and faster every hour, every minute, every second and every breath...

tak pernah nak menoleh ke belakang...sememangnya tak boleh...

nak kejar pun memang tak akan terkejar...

ikut je la kemana dia pergi...

tick..tock..tick..tock..

Wednesday, November 11, 2009

BERDUA...


teringin gak nak berdua..tapi nak buat macam mana..mungkin belum ketemu lagi..

Tuesday, November 10, 2009

PENAT..


tiba tiba aku rasa penat pula arini..tak tau la naper...penat otak..penat badan...penat segala galanyer...


yang aku tahu that is my body and my mind need a break!


GOD...give me a strenght!...amin...

Sunday, November 8, 2009

YEAY! YEAY! YEAY!....NEGERI SEMBILAN MENANG..! YEAY!







bangga rasa jadik anak N9...jarang ada peluang macam ini...

Friday, November 6, 2009

THE DARK SIDE OF ME!


ntah apa la hari ni tiba-tiba ada orang cucuh api kat sumbu bom atom aku...siot...spoil my day...bukan sampai petang tapi mungkin dua tiga hari aku hangin...


kalau aku dah marah bukan senang nak reda...jangan ingat dia sorang je boleh nak marah tak tentu pasal...aku punya marah tak tau? bodoh...kalau dah bodoh tu bodoh je la...bangang...


Negeri Sembilan Berazam Tamatkan Penantian 61 Tahun Bawa Pulang Piala Malaysia


SEREMBAN, 4 Nov (Bernama) -- Negeri Sembilan berazam untuk membawa pulang Piala Malaysia pada musim ini sebagai hadiah istimewa kepada Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir yang ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 26 Okt lepas.Jurulatih skuad Rusa Wan Jamak Wan Hassan berkata keazaman itu dinyatakan oleh semua pegawai, pemain dan mereka berjanji untuk mengotakannya."Kami sedar misi ini bukan mudah tetapi kami semua telah bertekad untuk menjulang Piala Malaysia Sabtu ini, sekali gus menamatkan penantian 61 tahun dan kita mahu menghadiahkan kemenangan ini kepada Tuanku Muhriz dan rakyat Negeri Sembilan," katanya kepada Bernama di sini, Rabu.Negeri Sembilan mengalahkan Terengganu 3-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Sabtu lepas untuk mara dengan agregat 4-1 manakala Kelantan layak ke perlawanan akhir setelah menyingkirkan Perlis dengan agregat 5-1.Kali pertama Negeri Sembilan menjejakkan kaki ke perlawanan akhir ialah pada tahun 1948 ketika itu dikenali sebagai Piala HMS Malaya dan berjaya merangkul piala itu selepas menewaskan Selangor 2-1.Namun, Negeri Sembilan dihampakan dua kali dalam perlawanan akhir selepas itu iaitu ketika tewas 0-2 kepada Perak pada tahun 2000 dan kecundang ketika menentang Perlis 1-2 pada tahun 2006, kedua-duanya di Stadium Nasional Bukit Jalil.Wan Jamak berkata musim ini adalah musim terbaik untuk pasukannya merealisasikan impian menjulang piala berprestij itu berdasarkan prestasi konsisten setiap pemain."Apa yang penting jangan sesekali hilang tumpuan kerana ia boleh membawa padah pada perlawanan akhir itu nanti," katanya.Katanya beliau tidak mahu memberi tekanan kepada pemain kerana sedar mereka sendiri ada keazaman yang tinggi untuk memburu kejuaraan yang diidam-idamkan.Wan Jamak berkata tumpuannya kini terarah kepada usaha menguatkan aspek fizikal dan mental pemain dan memastikan mereka mengekalkan rentak dan tidak mudah hilang tumpuan kerana para pemain bukan sahaja berdepan dengan pemain lawan tetapi juga ribuan penyokong lawan.Sementara itu, pemain penyerang Negeri Sembilan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, mahu memastikan namanya tersenarai sebagai penjaring gol pada final Sabtu ini."Matlamat saya adalah untuk menjaringkan gol di final nanti dan kalau boleh membuat hatrik untuk menjadikannya suatu detik bersejarah dalam hidup saya, apa lagi ia adalah final pertama bagi saya kerana tidak beraksi ketika Negeri Sembilan layak ke perlawanan akhir 2006," katanya.Penyerang kebangsaan itu yang kini bergandingan dengan Hairuddin Omar adalah antara tonggak barisan serangan Negeri Sembilan dalam memburu kejuaraan.Hairuddin, 30, pula berkata beliau tidak kisah siapa yang menjaringkan gol namun apa yang penting memenangi perlawanan akhir itu.Pemain yang berasal dari Setiu, Terengganu itu bagaimanapun mengakui bukan mudah untuk mencapai impian itu, kecuali dengan semangat dan kekuatan sepasukan yang tinggi.-- BERNAMA

Thursday, November 5, 2009

it's just me...



first time blogging...tak tau nak cakap ape...maybe nextime..

bloggong....