Monday, January 25, 2010

PUNYA


walaupun aku tak punya harta atau wang berjuta, tapi aku masih lagi mampu untuk meneruskan kehidupan yang penuh ranjau dan cereka ini.

aku tidak prenah diajar untuk bermewah-mewah atau bermegah-megah dengan diri sendiri, cukuplah sekadar yang ada..walaupun keinginan membuak-buak untuk memiliki, tapi selalu kupujuk hati ini....

perasaan aku ini bukan untuk dibuat bahan mainan dan juga bukan bahan tertawa...dan juga bukan sebagai lukisan yang menjadi hiasan dan tontonan.

aku tahu apa yang aku perlukan...

Thursday, January 21, 2010

MANA


begitu banyak perkara yang bermain main difikiran aku...tak tau mana satu nak didahulukan..

keluarga..kerjaya..teman..persekitaran..kewangan..negara..dunia...

entahlah...

kadang rasa kalau buat langsung tak ambil endah, nanti diri sendiri pulak rasa tak guna hidup kalau tak mengambil tahu..kalau ambil tahu pulak nanti tak tau pulak macam mana nak control..kan..

ada orang hidup dengan prinsip..ada orang hidup tanpa prinsip..ada orang hidup langsung tak tau apa itu prinsip...

macam macam jenis orang..macam macam jenis manusia..macam macam ragam...asam garam kehidupan...

mana satu nak ikut..? mana satu nak dengar..? mana satu nak tengok..? mana satu nak pegang..? mana satu nak rasa..? nak yang macam mana..?

tepuk dada tanya selera...tepuk dada tanya hati...

Friday, January 8, 2010

APA

aku tak tau la apa yang bermain dalam benak fikiran aku ni...kejap macam ni..kejap macam tu...

nak kata aku ni buntu.. tak.....tapi aku tak penah pun berfikiran apa apa yang buruk pun...

aku optimis..what comes around comes around....

que sera sera...

Saturday, January 2, 2010

TAHUN BAHRU


selamat tahun bahru 2010 masehi..

tiada apa apa perubahan..aku masih insan yang sama..keadaan yang sama...mungkin pemikiran aku sahaja yang meningkat dari tahun ke tahun.

tahun ni aku dah 31 tahun, masa berlalu tanpa disedar walaupun berbagai coretan peristiwa aku lalui..berbagai kisah aku tempuhi...berbagai cerita aku bintangi...

aku tetap aku...

tiada apa apa yang aku harapkan untuk tahun ini..tiada azam yang aku letakan..cuma, aku hanya inginkan sedikit kebahagian hadir dalam diri aku...aku ingin terus ceria..aku ingin terus berusaha...aku ingin terus kehadapan...

InsyaAllah.....

Tuesday, December 22, 2009

AKHIR


alhamdulillah...hari ni berakhirlah sudah peperiksaan bagi semester 6, tahun 2 pengajian aku...tak sangka dalam kena memaksa diri untuk belajar, ianya hampir ke penghujung...harap segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang insyaAllah...

2009 bakal melabuhkan tirainya dan 2010 pula sudah lama menjengok...something is waiting for me? money? love? cross finger...

Friday, December 18, 2009

WHAT


hampir 2 minggu tak update...hampir lupa gak yang aku ada menatang nih..hehe..

lately aku terlalu sibuk..sibuk dengan kerja..sibuk dengan studi..sampai kadang rasa takde masa untuk diri sendiri....itu dah dinamakan hidup..kena gak teruskan..

kali ni, exam semuanya unpredictable and unexpected...lantak la...yang penting aku happy..duit aku cari...usaha kena lebeh jugakkan...tapi kalau dah sampai tahap puncak kemalasan zahir dan batin tu...memang aku takleh nak melawan...bukan dari takdir..tapi dari dalam diri aku sendiri...

hari ni Tahun Baru Maal Hijrah, setiap orang pasti akan pasang satu azam tiap kali tibanya detik itu..tapi bagi aku..masa berlalu..tak boleh nak tahan atau nak dikejar..apa yang ada dalam genggamam itu, itulah yang usaha aku..kalau takde dalam tangan tu..bukan rezeki..cuba lagi..no regrets...


kawan aku, Shani ngan Niz..nak pindah balik Sabah..seday dah aku..kurang lagi la kawan meronda aku..nak buat macam mana..setiap orang ada penhijrahannya sendiri..harap kalian berbahagia selalu! Wawa..be good girl tau..!

Wednesday, December 2, 2009

BIG


aku rasa malam ni memang aku tak akan dapat lelapkan mata mungkin sampai ke pagi..

dapat berita yang hampir mengejutkan..seseorang yang amat aku hormati dan sanjung tinggi menaruh harapan pada aku untuk bekerja dengannya...

i'm speechless...

aku memang tak suka benda benda suprise ni..biarla aku yang suprisekan orang..takpe..hehe..

aku hanya mampu berdoa, jika ini semua memang kehendaknya, aku terima..dan jika tidak aku redha..

aku tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi..biarlah Dia yang menentukan segalanya..Amin..